aman dan tenteram hidup di malaysia memang diakui majoriti 28 juta penduduk malaysia yang kebanyakannya mengamalkan prinsip toleransi dan hormat-menghormati. keamanan ini sangat mudah untuk diporak perandakan hanya dengan menghasut serta menimbulkan propaganda seperti Bersih. perhimpunan ini sangat bertentangan dengan semangat bersatu-padu yang seharusnya menjadi keutamaan di kalangan masyarakat umat islam yang rata-ratanya melayu.
ambiga sreenavasan, tulang belakang Bersih bagi alasan akan mengadakan perhimpunan secara aman, tetapi jika melibatkan jumlah ramai, mereka tidak boleh mengawal tindakan penyokong. dalam masa sama, perhimpunan haram ini akan diresapi psikologi perusuh, anasir jahat, subversif, jenayah, dadah dan provokasi. kalau ingat balik, perhimpunan bersih pada 2007 telah membawa satu lagi perarakan ganas iaitu Hindraf, meletakkan malaysia di ambang keruntuhan buat kali kedua selepas peristiwa 13 Mei. perhimpunan haram jadah ni memang bagi kesan kepada asas keganasan dan perpecahan rakyat malaysia.
tapi memang susah untuk menyekat kemahuan mereka yang bebal, bodoh, degil dan khayal dalam keseronokan sendiri untuk merebut kuasa. malah racun terus ditabur, kebanyakannya kepada orang Melayu dengan pelbagai tipu muslihat. agenda yang pada asasnya baik sudah diselimuti dengan kepentingan individu dan politik kekuasaan.ulama dah bagi pandangan. para cendekiawan, tokoh masyarakat, pemimpin, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan sudah menyatakan pemikiran mereka. bukan sedikit yang menyuarakan kebimbangan masing-masing. 3,000 laporan polis dibuat. suara membantah demonstrasi haram Bersih 9 Julai ini amat nyata. polis pun dah banyak kali memberi peringatan dan bertindak tegas melakukan langkah pencegahan.
pendirian perhimpunan penyokong ambiga langsung tidak mewakili kepentingan keseluruhan 28 juta rakyat negara ini.
berpuluh-puluh molotov(bom petrol), berbilah-bilah parang dan sejumlah bebola besi dijumpai polis di beberapa tempat di kuala lumpur dan selangor menunjukkan unsur-unsur subversif memang wujud dalam perhimpunan haram Bersih. perhimpunan aman kepala hotak apa yang melibatkan senjata? taktik yang digunakan menyamai modus operandi komunis yang menyorokkan senjata dan barang berbahaya di tempat-tempat tertentu untuk mengelak pemeriksaan polis. itu yang dijumpai, yang tidak dijumpai?
MSH : biar semula jadi bodoh, tapi jangan nampak bodoh. biar tak nampak otak, tapi ada otak.


LIKE.