pancaindera samar mengintai bulan dibayangi langit malam.mengubati luka dihujani beribu tusukan ke jiwa muda.setitik jatuh, kiri dan kanan. adrenalin laju dirembes segera aliran darah suam kian menerjang hingga ke salur. hembusan nafas berbisik mencabar diri meninggalkan dunia. belati halus menghiris helai-helai ingatan. pedih rasa seksaan ini. setitik lagi jatuh, kiri dan kanan.
paling pilu hampir berderai retak, sangat terhad pula daku bergerak, perlahan mencapai kunci masa. hentaman kuat masa depan menghancur impian murni. sebak mengenangkan waktu senyum. jatuh setitik lagi, kiri dan kanan. emosi merayu padamkan pelita. cahaya darinya khuatir tersuluh jelas wajah sembab tambah kecewa. wahai suci air mata, duhai kristal ketulusan jiwa. selautan jumlahnya pun jatuh tiada juga dapat mengemis sebarang ihsan. kasih apatah lagi.
si putih setia di luar perkarangan. agaknya menunggu tuan yang sudi mengajaknya berjalan. mengertikah si putih tentang tuannya yang tak henti sedih? sedih tanpa apa-apa salah. tapi mesti dianggap salah. kerana perlu ada yang dipersalahkan. hiba. setitik lagi, kanan dan kiri. terima lah apa saja. rela dan terpaksa sudah tiada berbeza. tiba di perairan.
seperti tiada denyutan nadi. tiupan bayu yang menyisir halus rambut tidak pula menenangkan. kaki memijak halus pasir pantai tidak lagi rasa seninya. pandangan lebih tertumpu jauh ke tengah lautan sana. menitis lagi, kiri dan kanan. memikirkan lebih jauh dari semua. lebih jauh dari dunia ini. berperang dengan beribu emosi dan perasaan hanya untuk mempertimbangkan sebuah keputusan. maka tinggallah kau wahai dunia.



1 Response to “tinggallah kau wahai dunia”