25
Nov
11

terbang ke seberang menjenguk perang

kemusnahan bangsa

kita yang peka dengan isu semasa umat Islam pasti pernah dengar tentang peristiwa “Aidilfitri Berdarah”. satu tajuk peristiwa yang menggabungkan dua perkataan kontradiksi. perkataan pertama, “Aidilfitri” melambangkan kegembiraan, keceriaan, kemenangan, yang perlu diraikan dengan senyuman. perkataan kedua, “Berdarah” : simbolik kekejaman, kezaliman, pembunuhan, pengorbanan dan penganiaan. bagi yang tidak tahu, ada suatu peristiwa, 12 tahun yang lepas.

Ambon, sebuah daerah yang terletak di Kepulauan Maluku Indonesia. ia bukanlah satu tempat yang popular ataupun dikenali ramai masyarakat rantau Asia. walaubagaimanapun, sebagai umat Islam, sedikit sebanyak kita perlu peka dengan apa yang berlaku di sekeliling. tentang satu kejadian, kita perlu mengambil iktibar. tentang satu cerita, kita ada perlu jadi orang yang mendengar. tentang satu peristiwa, kita perlu melahirkan ikhtiar.

Aidilfitri 1999, aku baru menjangkau usia sembilan tahun, masih dalam darjah tiga di sekolah rendah. apalah sangat yang aku tahu tentang isu-isu negara luar, apatah lagi ketika itu aku sedang meriah menyambut hari raya Aidilfitri. pada waktu yang sama, 3500 km ke arah tenggara menyeberang Selat Makasar dan Perairan Maluku telah tercetusnya Perang Saudara antara Islam dan Kristian. Kota Ambon menumpahkan darah rakyat pada bulan kemenangan umat Islam. kekacauan, kemusnahan, hiruk pikuk, keganasan, serangan, dan pembunuhan merebak cepat dari satu kawasan ke satu kawasan. orang Kristian telah menyerang orang Islam dengan pelbagai cara. ada dibaling batu, tidak kira usia dan jantina. mereka dihalau dari penempatan mereka, rumah-rumah kemudian dimusnahkan dan dibakar. senjata api dan senjata tajam menjadi permainan di medan ini. jumlah kematian yang dicatatkan dari 15 julai 1999 hingga 5 ogos 1999 sahaja telah mengorbankan 1349 nyawa. perang agama. aku rasa tragis.

November 2011, sebagai wartawan aku telah ditugaskan untuk membuat liputan disana. setelah lebih sepuluh tahun selepas peristiwa Aidilfitri Berdarah, katanya Ambon itu telahpun aman. misi aku adalah untuk melihat kesan selepas perang. adakah peristiwa yang tercetus lebih satu dekad ini mempengaruhi cara pemikiran dan memberi implikasi ke atas cara hidup masyarakat disitu. aku tak tertarik untuk tahu kenapa tercetusnya rusuhan dan perang antara agama ini. kerana aku tahu ajaran kedua-dua agama, Islam dan Kristian tidak menggalakkan perang. yang pasti dapat aku simpulkan adalah peperangan ini diterajui oleh satu unsur. fanatik.

negara korup

aku bukan nak merendah-rendahkan orang lain, tapi agar semua tahu untuk dijadikan iktibar, bahawa implikasi fanatik ini adalah besar. fanatik ibarat satu kesungguhan melampaui batas serta menghasilkan satu anjakan. ia adalah sifat keterlaluan, melebih-lebih dan berisiko memberi impak negatif kepada masyarakat. kita sendiri boleh lihat, ada sesetengah orang fanatik tak tentu pasal. menjerit, bersorak, tanpa tahu hujung pangkal sesuatu isu. mereka fanatik tanpa hala tuju yang betul. seolah memperjuangkan sesuatu yang mereka tidak tahu.

rakyat Indonesia memang terkenal dengan sifat keterlaluan atau over-acting. inilah yang terjadi di Ambon. penganut Kristian dan Islam yang fanatik dengan agama masing-masing mengakibatkan pertembungan besar yang memusnahkan hubungan akrab masyarakatnya pada ketika dulu. akibat tiada pihak yang ingin bertolak ansur, impak buruknya kekal hingga ke hari ini. masih lagi kepulauan itu bergolak dalam kancah perpecahan dan diskriminasi. puratanya setiap 4 bulan membabitkan satu serangan. serangan terbaru yang kami dapat cover adalah pada 11 November 2011, perkampungan orang Islam telah diserang dari pelbagai arah. hampir 200 buah rumah dimusnah dan dibakar. dapat aku saksikan sendiri tinggalan blok-blok rumah yang musnah itu dan sempat menemubual bekas penduduk di situ.

apabila aku meminta pandangan penduduk disini, adakah Ambon akan aman? mereka hanya menjawab,”kalau aman itu, disini maknanya tidak aman, mas! 100% tidak aman!”. dari situ aku dapat agak sendiri mereka ini dibesarkan dalam suasana kucar-kacir dan tidak pernah tahu erti sebenar keamanan.  pemikiran cetek juga menjadi faktor kelewatan mereka untuk mencapai keamanan. taraf pendidikan yang diberikan di situ tidak mampu melahirkan rakyat yang boleh berfikir secara kreatif bagi menyelesaikan satu masalah. sekali lagi, mereka dibesarkan dalam suasana tegang. bagi mereka pembunuhan itu cara menyelesai masalah. mereka terlepas pandang, ada dendam selepas itu.

keindahan mengaburi pergolakan

alhamdulillah, aku selamat sampai di Malaysia. walaupun kedengaran dua, tiga das tembakan senjata api sepanjang aku di kepulauan itu, aku masih diberi peluang menghirup aman Malaysia.

12
Nov
11

gua rasa nak henjut lu der

hoi, tahun ni dua ribu sebelas! hoi, bulan ni bulan sebelas! hoi, hari ni sebelas hari bulan sebelas tahun dua ribu sebelas! biar betik? cari mana batang betik? sudah menjadi trend baru orang malaysia. dapat je tarikh cantik berduyun-duyun nak meraikan. kononnya tarikh penting tu lebih akan diingati apabila diselit sebuah memori. kalau dalam satu kampung tu, orang sebelah buat parti hari jadi, orang depan adakan majlis kahwin, orang kanan buat event itulah, inilah. orang kiri buat ceramah Pas, kebanyakan nak cetuskan kehendak mereka. aku je cool. ye, seperti biasa. cool.

tidak ketinggalan corong-corong radio yang mesra dengan pendengarnya meraikan dikonti masing-masing. 11/11/11, suria fm telah mengumpulkan semua penyampai radio mereka pada pukul 11 pagi. kecoh sangat penyampai yang macam ampai-ampai ni, sampai lagu pun lupa nak main. vetoku disampaikan dengan jari, menukar frekuensi lain pada radio. capital fm 88.9 lagi best. tiada penyampai, lagu-lagu inggeris 80-90an je menusuk ke telingaku. petikan gitar carlos santana melayan naluri tuaku.

sebelah malam, aku kembali mencari frekuensi sinar fm. tuah  zulkarnain @ tyzo sedang mengemudi konti suria. panggilan diterima dari seorang perempuan. masih lagi topik hangat hari ini, iaitu 11/11/11. perempuan tersebut memulakan perbualan dengan mengatakan hari ini adalah ulangtahun perkahwinan yang pertama. ok, aku dan tyzo terima itu dengan satu yang relevan untuk diraikan kerana ia akan menjadi sesuatu yang gembira. perbualan disambung dengan mengatakan suami dia dah lama tak balik rumah. ok, aku teruskan mendengar dengan perasaan pelik. dah lama tak balik rumah. hmm. persoalan pertama, apa jenis suami dia ni?

takdir penentu segala

perempuan tadi seterusnya menyampaikan apa yang sebenar yang harus disampaikan. dia memberitahu dia sudah mempunyai anak kecil. ok, sesuatu yang perlu dijaga rapi memandangkan menjadi ibu buat kali pertama. ungkapan hati diteruskan dengan rayuan. “bila abang nak balik.. hari ni ulangtahun pertama kita mendirikan rumah tangga. saya minta maaf semua kesalahan saya.” aku sebak. aku percaya tyzo DJ suria juga tersentak. kalau setahun berkahwin, maknanya anak itu baru berapa bulan. ya Allah, untuk sekian kalinya aku dengar suara sebak seorang isteri dengan anak yang tak sampai setahun menunggu kepulangan suaminya yang meninggalkan ahli keluarga sendiri. persoalan kedua, apa jenis binatang dia ni?

beb, aku rasa nak pecahkan muka kau guna kapak lah sial! baru kau tahu pecah berderai hati kecil anak kau tu macam mana. aku yakin kau orang islam, tapi aku hamba Allah tak tahu kat mana tempat kau lepas mati. aku tak nak tahu kau dengan bini kau ada masalah apa. aku nak cakap mana perasaan kau, tanggungjawab kau. kau fikir banyak pun kau belum tentu pandai, kau makan banyak pun kau belum tentu besar, kau umur meningkat pun, belum tentu hidup kau selamanya. kau pernah perasan tak diri kau tu Islam? adui, anak kau tu kecik lagi der, tak sampai setahun jagung, jagung pun lagi besar dari tangan anak kau der.

aku tidak semena-mena dapat tekanan fikirkan benda ni. sempat aku selitkan doa semoga isteri dan anak itu terus sabar dan mencari hikmah dari segalanya. kepada perempuan itu, dont despair and never loose hope, cause Allah is always by your side- inshaallah.  perempuan tu ada cakap nama si bodoh tu firdaus omar. ya, aku memang nak sedarkan kau dengan malukan kau. kau baliklah tengok anak dengan bini kau. jangan malukan nama agama. aku tak kenal siapa kau, memang tiada kena mengena dengan aku. tapi lu baca ni baik-baik der. gua rasa nak henjut lu der.

peluru ni memang laju

02
Nov
11

salam sekali lagi

assalamualaikum. ucapan salam kepada alam. alhamdulillah. syukur kerana jari ini masih boleh menaip, akal ini masih mampu berfikir, jantung ini masih lancar mengepam darah, mata ini pula masih terbuka walaupun kadang-kadang merah. mana satu yang mahu aku ungkapkan dulu. sudah terlalu lama laman ini ditinggalkan sunyi, ditinggalkan gelap tanpa mentari, ditinggalkan lapang berhias memori. ketika blog ini ditinggalkan usang, sudah terlalu banyak yang dilalui, banyak juga yang dikecapi. tapi lebih banyak yang masih tidak dipenuhi. semoga setiap apa yang kita kerjakan dipermudahkan. semoga setiap cabaran kita masih mampu tersenyum. semoga setiap kesusahan wujud kesabaran.

ahh, janggal rasanya menulis kembali. lembab rasanya jari-jemari ini, tapi boleh diatasi dengan secawan kopi. jalan semakin laju, hari semakin baru, jangan mata ini layu. terus bergerak. askar melayu mesti terus bergerak. tiada isi untuk paparan kali ini. cuma memanaskan enam jari ini. bukan tiada idea, bukan tiada yang menarik. cuma terlalu banyak sehingga buntu.

semua ingin terbang

salah satu sifat manusia yang kerap didengar; manusia tidak pernah puas. kebiasaannya perkara ini merujuk kepada sesuatu sifat yang buruk, iaitu ketidakpuasan. aku menerima ungkapan ‘tidak  pernah puas’ ini sebagai universal. berbincang tentang perkara universal aku perlu membiarkan dahulu fikiran ini terbuka untuk membawa perkara universal yang bersifat besar ini menerawang ke dalam akal fikiranku. bermula disini, aku akan dapat lihat perkara paling terperinci, memanipulasi imiginasi, mencipta solusi dan mereka manifestasi. aku baru bermula. aku tidak pernah puas menulis, cuma kadang kala aku berehat seketika. sekarang sudah habis berehat.

06
Jul
11

Bersih kepala hotak

aman dan damai dengan bom

aman dan tenteram hidup di malaysia memang diakui majoriti 28 juta penduduk malaysia yang kebanyakannya mengamalkan prinsip toleransi dan hormat-menghormati. keamanan ini sangat mudah untuk diporak perandakan hanya dengan menghasut serta menimbulkan propaganda seperti Bersih. perhimpunan ini sangat bertentangan dengan semangat bersatu-padu yang seharusnya menjadi keutamaan di kalangan masyarakat umat islam yang rata-ratanya melayu.

ambiga sreenavasan, tulang belakang Bersih bagi alasan akan mengadakan perhimpunan secara aman, tetapi jika melibatkan jumlah ramai, mereka tidak boleh mengawal tindakan penyokong. dalam masa sama, perhimpunan haram ini akan diresapi psikologi perusuh, anasir jahat, subversif, jenayah, dadah dan provokasi. kalau ingat balik, perhimpunan bersih pada 2007 telah membawa satu lagi perarakan ganas iaitu Hindraf, meletakkan malaysia di ambang keruntuhan buat kali kedua selepas peristiwa 13 Mei. perhimpunan haram jadah ni memang bagi kesan kepada asas keganasan dan perpecahan rakyat malaysia.

tapi memang susah untuk menyekat kemahuan mereka yang bebal, bodoh, degil dan khayal dalam keseronokan sendiri untuk merebut kuasa. malah racun terus ditabur, kebanyakannya kepada orang Melayu dengan pelbagai tipu muslihat. agenda yang pada asasnya baik sudah diselimuti dengan kepentingan individu dan politik kekuasaan.ulama dah bagi pandangan. para cendekiawan, tokoh masyarakat, pemimpin, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan  sudah menyatakan pemikiran mereka. bukan sedikit  yang menyuarakan kebimbangan masing-masing. 3,000 laporan polis dibuat. suara membantah demonstrasi haram Bersih 9 Julai ini amat nyata. polis pun dah banyak kali memberi peringatan dan bertindak tegas melakukan langkah pencegahan.

pendirian perhimpunan penyokong ambiga langsung tidak mewakili kepentingan keseluruhan 28 juta rakyat negara ini.

jangan cabar negara aman

berpuluh-puluh molotov(bom petrol), berbilah-bilah parang dan sejumlah bebola besi dijumpai polis di beberapa tempat di kuala lumpur dan selangor menunjukkan unsur-unsur subversif memang wujud dalam perhimpunan haram Bersih. perhimpunan aman kepala hotak apa yang melibatkan senjata? taktik yang digunakan menyamai modus operandi komunis yang menyorokkan senjata dan barang berbahaya di tempat-tempat tertentu untuk mengelak pemeriksaan polis. itu yang dijumpai, yang tidak dijumpai?

MSH : biar semula jadi bodoh, tapi jangan nampak bodoh. biar tak nampak otak, tapi ada otak.

02
Jun
11

senyuman suram

Waktu itu kau menginginku, Tak lepas dampingiku,

Tak lemas disampingku, Ketika aku nafasmu.

Mana nafasmu itu, Pandangku tidak lagi,

Tegurku jangankan lagi, Sedih akan perilaku.

Terima kasih padamu, Kasih dijadikan batu,

Aku disamakan kaku, Cinta yang hilang tak pernah layu.

Penjelasan tak padan, Sungguh-sungguh aku tak tahan,

Laungkanlah kejujuran, Sakit bukanlah seksaan.

Moga kau menoleh, Jarimu menyerap jernihku,

Mataku tumpu rautmu, Senyummu untuk senyumku.

MSH : bukan waktu yang mudah mengukir senyuman

02
Jun
11

tiada kisah di sebaliknya

Hari ini mengajarku, Agar kudapat melihat

Disebalik kebutaan, Agar kubisa bernafas dalam kelemasan

 Kerana semalam telah mengajarku, Tatkala cinta insan diagungku

Tanpa sedar ku mengejar kerumitan, Lantas bermain dengan kekecewaan

Semoga esok aku celik, Harap esok aku cerdik

Di atas landasan suratan, Di awangan titian bunian

Ku tahu kamu tak mengerti, Dan ku tak harap kamu mengerti

Padamu, mungkin aku tiada. Padaku, tiada kisah disebaliknya

 

MSH : ada rasa yang menemani

28
Mar
11

tinggallah kau wahai dunia

pancaindera samar mengintai bulan dibayangi langit malam.mengubati luka dihujani beribu tusukan ke jiwa muda.setitik jatuh, kiri dan kanan. adrenalin laju dirembes segera aliran darah suam kian menerjang hingga ke salur. hembusan nafas berbisik mencabar diri meninggalkan dunia. belati halus menghiris helai-helai ingatan. pedih rasa seksaan ini. setitik lagi jatuh, kiri dan kanan.

indah hanya pandangan

paling pilu hampir berderai retak, sangat terhad pula daku bergerak, perlahan mencapai kunci masa. hentaman kuat masa depan menghancur impian murni. sebak mengenangkan waktu senyum. jatuh setitik lagi, kiri dan kanan. emosi merayu padamkan pelita. cahaya darinya khuatir tersuluh jelas wajah sembab tambah kecewa. wahai suci air mata, duhai kristal ketulusan jiwa. selautan jumlahnya pun jatuh tiada juga dapat mengemis sebarang ihsan. kasih apatah lagi.

menantimu

si putih setia di luar perkarangan. agaknya menunggu tuan yang sudi mengajaknya berjalan. mengertikah si putih tentang tuannya yang tak henti sedih? sedih tanpa apa-apa salah. tapi mesti dianggap salah. kerana perlu ada yang dipersalahkan. hiba. setitik lagi, kanan dan kiri. terima lah apa saja. rela dan terpaksa sudah tiada berbeza. tiba di perairan.

lemas

seperti tiada denyutan nadi. tiupan bayu yang menyisir halus rambut tidak pula menenangkan. kaki memijak halus pasir pantai tidak lagi rasa seninya. pandangan lebih tertumpu jauh ke tengah lautan sana. menitis lagi, kiri dan kanan. memikirkan lebih jauh dari semua. lebih jauh dari dunia ini. berperang dengan beribu emosi dan perasaan hanya untuk mempertimbangkan sebuah keputusan. maka tinggallah kau wahai dunia.

28
Mar
11

hina cara kau berjuang.

selamat sejahtera ke atas kamu semua!  siapa yang terbaca ruangan ini, pertama yang kamu perlu tahu ialah aku akan menulis umum tentang politik, tanpa menyentuh mana-mana parti politik. ini bertujuan mengelakkan mana-mana pihak ‘tersentap’. orang kata playsafe kan? sebelum berkongsi cerita, suka untuk aku memberitahu bahawa aku bukanlah jenis yang suka membaca ruangan politik. apatah lagi yang bercanggah dengan pandangan aku, lari dari falsafah aku atau terpesong daripada sudut aku menilai sesuatu perkara.  mereka yang rapat dengan aku pun sedia maklum bahawa aku memang akan berpegang dengan pendapat aku.

fikir selagi waras

aku bukan degil, aku bukan keras kepala. tapi bila aku menolak satu perkara itu adalah atas sebab yang relevan dan berbaloi untuk diri aku juga masa depan aku. lagipun kalau nak dengar cakap orang secara lisan mahupun membaca sebentuk penulisan, tahap kesahihan dan kebenaran tentang apa yang diperkatakan itu pun banyak daripada sumber yang meragukan. jadi, memang tak perlulah aku nak menadah telinga mendengar hujah-hujah mereka, membuang masa membaca nukilan mereka. kalau aku dipaksa untuk mendengar, memang aku buat muka je lah kan. haha. to avoid any heart feeling about political views, please stop reading this post.

senang kata, memang jarang untuk aku nak cari sendiri laman-laman web politik, blog dan berita mengenai politik kerana apabila aku mengaplikasikan cara hidup aku, politik tu bukanlah satu keperluan.  cuma satu rangkaian kehendak. hinggalah satu hari,  ketika aku melayari laman web sosial facebook, tanpa disengajakan aku telah memasuki satu page yang menggunakan profile namenya Demokrasi vs Revolusi. tengok je page ni semua sedia maklum bahawa page ini berunsurkan politik. mengikut kebiasaan, kalau aku termasuk page-page macam ni dengan segera aku akan klik ke page lain. tapi takpe, kali ini aku cuba untuk membaca serba sedikit perbincangan page itu kerana tertarik dengan penglibatan orang muda yang aktif melemparkan komen. bahagian atas sekali terdapat satu keterangan/description yang berbunyi : anda dinasihatkan berhujah dgn menggunakan akal fikiran serta pengalaman anda selama mana hidup di atas muka bumi ini..ingat!! Allah SWT Maha Mengetahui.

wah, baguslah keterangan macam ni. sebab ia akan sentiasa mengingatkan kita setiap kali kita hendak menyusun kata-kata di page ini. maknanya ketika berhujah dan berbincang, pastinya penggunaan akal diutamakan. tapi malang, memang sangat malang. terlampau malang diantara yang paling malang sebab tak sampai pun sepuluh komen yang aku telaah, aku dapat rasa kebanyakan daripada komen mereka seperti mereka ni tidak menggunakan akal! benda-benda yang dicakap tak masuk akal tu satu hal la. tambah pula dengan bahasa yang mereka praktikkan ni. bukan main kasar lagi. tiada adab ke orang Islam? tiada akhlak ke masyarakat Muslim?

fanatik yang ubah kamu

kita duduk Malaysia rasanya tahu budi bahasa tu apa betul kan? pujian patut diberikan apabila kita berbudi dengan orang. begitu juga jika kita berbahasa dengan orang. tapi dalam page ni lain macamlah. dah la tak berbudi dengan orang, bahasa yang dituturkan pula ‘sempurna’ dengan carutan dan cercaan. nampak sangatlah mereka telah menggunakan kebebasan bersuara itu sebebas-bebasnya. sehinggakan yang dalam kain ayahanda dan ibunda mereka pun bebas disebut. jika tak suka nak jadi rakyat Malaysia pun, wajib diingat bahawa kita manusia yang dicipta lengkap dengan akal. akal inikan pertimbangan dalam diri. melihatkan suasana dan atmosfera page ini seperti majoritinya hilang pertimbangan. aku cuma terfikir, adakah golongan seperti mereka ini berfikir? yang pasti, mereka tidak berfikir seperti aku berfikir. mereka lebih suka berfikir bagaimana parti politik mereka boleh mengembangkan pengaruh.

jangan senang sangat terpengaruh

 

ha, ini menarik. khabarnya, mereka ini pejuang bangsa yang mahu menegakkan keadilan! katanya mereka ini golongan yang hendak membela rakyat! mereka menegaskan merekalah yang betul dengan hujah masing-masing! padahal ia cuma kata sahaja, belum tentu ada makna. mereka bukan siapa-siapa. hanya orang pengecut. umpama dalam dewan, mereka ni adalah golongan yang duduk barisan paling belakang tapi suara sampai ke depan. menyampuk, merungut, semua benda tak pernah puas. bila orang suruh tampil tunjuk muka, tak berani mengaku, bersembunyi di balik keramaian. tiada apa yang dibuktikan melainkan terpekik terlolong melontarkan kata orang sini salah! orang sana tak adil!

antonim kepada sifat adil adalah zalim. zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya/melakukan perkara yang tak patut dilakukan. adil dan zalim bukan hanya ditujukan kepada pemimpin sahaja, tapi juga kepada rakyat. rakyat yang meruntuhkan perpaduan itulah yang zalim. rakyat yang hidup secara berpuak-puak adalah zalim. rakyat yang meleraikan ukhwah Islamiah itulah zalim. parti politik haluan kiri ke kanan ke, haluan depan ke haluan belakang ke, sama je macam sudah tidak ada haluan bila tengok masing-masing berkelahi sesama sendiri. saling memburukkan, berlumba-lumba siapa dulu yang dapat jatuhkan maruah musuhnya. siapa yang paling banyak dimalukan adalah kalah. beginikah konsep perbincangan yang paling matang? bukannya mahu berkongsi cara untuk menyelesaikankan sesuatu dengan baik.  tapi aku yang lihat ni seolah-olah akan memberi kesan permusuhan sesama rakyat. perpecahan bangsa. kata nak bina negara, tapi memecahkan rakyat. apa benda? aku hanya tersenyum tatkala tidak sampai hati untuk mengatakan ‘pejuang-pejuang’ ini bodoh, kerana aku juga hamba-Nya. sama-sama peroleh akal kurniaan Tuhan. tapi tak sama-sama menggunakannya.

ada akal pun tak reti guna. hmm

 

aku dapat andaikan 70% dalam page semua orang nak bertekak dengan pegangan masing-masing. kutuk orang sana, kata orang sini. maki orang sana, kecam orang sini. burukkan orang sana, fitnah orang sini. dosa masing-masing terkumpul malah masih berbangga dengan gelak tawanya. masih ‘haha’. masih ‘hihi’. masih gembira. masih suka. sedangkan Pencipta mereka  mungkin sedang murka. kau kutuk dia, dia kutuk kau. kelak sama-sama masuk neraka jangan tak bertegur pulak. demokrasi atau revolusi? tiada solusi. hanya menambahkan permusuhan, meningkatkan perkauman.

aku tak fikir page-page sebegini direka untuk berkongsi idea bagi membincangkan sebuah isu. minda aku kuat mengatakan page seperti ini tersirat motif untuk melaga-lagakan masyarakat. bagi yang tidak berfikir akan senang terpengaruh kerana hanya ikut orang, dalam hati berkata “betul cakap si Jo ni, dia ni banyak ilmu pengetahuannya, kena percaya cakap dia. kena ikut apa dia buat”. bagi yang berfikir menganggap ini adalah satu tempat yang bagus untuk berdebat. tetapi bagi seorang pemikir yang baik, page ini terdedah dengan fitnah dan aib umat Islam lain, perlu segera menjauhinya. untuk aku, cukuplah dosa yang telah aku lakukan di dunia ini. tak perlu ditambah dengan dosa-dosa lain. apabila dosa yang dilakukan terhadap insan lain, perlulah meminta maaf dengan mereka. jadi, saya bagi contoh ; jika orang yang kamu burukkan itu adalah Perdana Menteri? dapat ke bersua untuk memohon maaf?

golongan ‘pejuang kecut’ ini rasa merekalah yang akan memartabatkan Islam. tapi bahasa yang digunakan seperti tiada dasar Islam dalam diri. memanglah dosa itu tak nampak dari segi zahir. manalah nak nampak dengan mata. tapi dosa tu tetap tercatit di bahu kiri setiap kali seseorang itu melanggar perintah Allah. individu yang menulis komen tu mungkin memfitnah orang yang disebut itu. tapi nampak kurang bijak apabila yang tidak tahu-menahu pun tumpang sekaki berlagak macam tahu sebab tidak mahu dilihat bodoh.

u know what you should do MNA.

apa yang dikhabarkan bukan hadith untuk dipegang dan disampaikan kepada semua. sedangkan hadith sahih pun ada sanad dan matan untuk menentukan percakapan Rasulullah itu tidak tercemar dengan tokok tambah. ni kan pula yang cerita mengenai pemimpin kontroversilah, pemimpin gay boy lah. tak pasti pun betul ke tidak. bukti tiada, saksi tiada. tiba-tiba cerita tak baik muncul.  cuma cerita dari yang didengar dari mulut. cuma coretan daripada jari yang merintis papan kekunci. benar atau tidak keburukan seorang insan itu, tidak patut dihebahkan. samalah pun dengan dosa mengumpat. kita yang baca komen pun dapat dosa.

maka aku tetap lagi menyaksikan mereka mencerca sesama sendiri. aku tiada nafsu untuk berpihak kepada siapa-siapa. mereka salah anggap. mereka rasa mereka memperjuangkan kebenaran, tapi kebenaran yang aku nampak ialah kemusnahan akhlak ‘pejuang sesat’. geli hati apabila ada manusia yang taksub. mereka tak bodoh, tapi terlalu pandai untuk bergaduh. mereka anggap saingan mereka bodoh, kerana mereka besar angkuh. mereka anggap diri sendiri pandai, sehingga lupa sahabat handai. sikap yang terlalu memberontak kelak memusnahkan. kalau memusnahkan diri mereka sendiri, langsung aku tak risau. tapi sifat agresif negatif ini mampu merosakkan tamadun. memberontak dengan cara negatif bertujuan memenangi satu kuasa. tapi musykil betul sebab mereka tidak nampak sifat golongan yang dihampiri ini. pengaruh politik mereka akan membuatkan satu hubungan berpecah belah.

takkan berubah

 

bangga? kerana dapat menyebarkan keaiban sainganmu dan bertukar-tukar ceritera hina dengan kawan-kawanmu? tak segan silu pula jadikan bahan aib sebagai gelak tawa harianmu?  orang Islam diajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. tapi ‘pejuang songsang’ mengajak mendengar keburukan dan  membuka kemungkaran. aku hina cara kamu berjuang. mungkin sebab itulah kamu tak pernah dipandang.

MSH : ramai yang tidak bersyukur dalam hidup ini. mungkin sebab itu mereka tidak tenang.

20
Jan
11

apa cerita

berbulan-bulan sudah aku meninggalkan tabiat menulisku. mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang diberi oleh bos aku. dalam fikiran sering sahaja aku mahu menulis jika ada masa. tapi masa yang ada cuma hanya untuk merehatkan diri. jarang sekali aku online semenjak dua ni. aku sudah menganggap online tu hanya membuang masa dan mengacau tumpuan aku untuk bekerja. tapi ada pula yang salah anggap. ada yang kata aku sombong, ada pula yang rasa tak dihargai bila kurang penglibatan aku dalam dunia internet. ada yang kata aku lupa kawan. ada yang kata aku bosan dengan mereka. ada yang kata aku chipsmore. lebih chip, lebih coklat. haha. apalah nak dikata, tu baru mulut orang, hati tak tahulah macam mana kan.

flying at the speed of light

hari ini sambutan Thaipusam seluruh Malaysia. hampir semua rakyat bercuti, tapi bukan aku. aku mengambil langkah ke pejabat dengan harapan ingin menyiapkan sebanyak-banyak kerja yang boleh. untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja pulang dari Bangkok. selesai sudah penggambaran untuk program Majalah Islam, segmen Diari Ummah. tujuan kesana adalah untuk melihat sendiri bagaimana umat Islam yang minoriti di sana merencanakan satu kehidupan dalam kalangan rakyat majoriti yang bukan beragama Islam. alhamdulillah, apa yang dicari disana dapat. lega aku pulang ke Malaysia dengan bahan-bahan yang seterusnya akan diberikan kepada editor untuk disunting. apeda sunting. edit sahaja kan senang.

tiada apa yang menarik di negeri orang. sama seperti aku pergi Medan dan Jakarta. sama seperti aku merantau ke Jamaica dan Kota Paris. Bangkok juga tiada apa kelebihan untuk dibandingkan dengan Malaysia. Malaysia lebih sistematik, tidak serabut, malah indah dari segi pemandangan bandarnya. jenayah lebih terkawal. suasana lebih selamat. tiada apa yang aku dapat puji untuk negara Thai tapi wajib aku mengungkapkan rasa bersyukur kerana hidup di Malaysia. apatah lagi negara ditadbir baik oleh Barisan Nasional. tiada perang politik yang keterlaluan, tiada perkauman, tiada penindasan agama. rata-rata foreigner yang aku tanya, semuanya memuji Malaysia berbanding negara-negara lain. keamanan sejagat masih lagi ada. apa masih ada lagi yang tak bersyukur?

i wish it wasnt so

aku dalam masa menghabiskan penulisan skrip aku ini. tapi disebabkan aku tidak memunyai mood yang baik hari ni, lantaran tiada orang pun di pejabat ini melainkan meja berita yang tak pernah bercuti, aku sengaja merajinkan jari-jemari aku untuk melawat setiap huruf di keyboard ini. mengharapkan sesuatu yang aku mampu tulis. mencari semula seni dalam penulisanku. kurang aku bersosial, kurang pula idea untuk aku menulis. mungkin sudah lama tidak berkongsi cerita, membuatkan aku buntu untuk menyusun kata. tiada suara pun hati boleh berkata. tapi kata tak pernah putus. sedangkan sehingga mati pun masih juga berkata-kata. ungkaplah kata-kata itu jika ianya bermakna. senyaplah jika ia sia-sia.

di depan skrin komputer pun aku boleh melayang. seolah-olah masuk ke dimensi itu. menyapa masa lalu. menyingkap tirai waktu. berdiri dalam khayalanku. terkadang melupakan apa yang ada dihadapanku. saat itu aku minta dimaafkan. tanpa sedar ada yang terluka. sedang aku leka terbang dalam maya. sedang ada yang berharap aku kembali nyata. aku kembali nyata.

mind dead

MSH : jangan bersendiri :’)

06
Oct
10

awaken

we were given so many prizes
we changed the desert into oasis
we built buildings of different lengths and sizes
and we felt so very satisfied
we bought and bought
we couldn’t stop buying
we gave charity to the poor ’cause
we couldn’t stand their crying
we thought we paid our dues
but in fact
to ourselves we’re just lying

i’m walking with my head lowered in shame from my place
i’m walking with my head lowered from my race
yes it’s easy to blame everything on the west
when in fact all focus should be on ourselves

we were told what to buy and we’d bought
we went to London, Paris and
we made show we were seen in the most exlusive shops
yes we felt so very satisfied

we felt our money gave us infinite power
we forgot to teach our children about history and honor
we didn’t have any time to lose
when we were
so busy feeling so satisfied

i’m walking with my head lowered in shame from my place
i’m walking with my head lowered from my race
yes it’s easy to blame everything on the west
when in fact all focus should be on ourselves

we became the visuals without a soul
despite the heat
our homes felt so empty and cold
to fill the emptiness
we bought and bought
maybe all the fancy cars
and bling will make us feel satisfied

my dear brother and sister
it’s time to change inside
open your eyes
don’t throw away what’s right aside
before the day comes
when there’s nowhere to run and hide
now ask yourself ’cause Allah’s watching you

is He satisfied?
is Allah satisfied?
is Allah satisfied?
is Allah satisfied?

i’m walking with my head lowered in shame from my place
i’m walking with my head lowered from my race
yes it’s easy to blame everything on the west
when in fact all focus should be on ourselves




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.